info
Adakala kata2 kita melukakan orang lain tanpa kita sedar. Tahukah kita, di sekeliling kita ada orang yang sedang mengalami tekanan emosi dan mental, yang begitu mudah sensitif dan terguris dengan kata2 kita? Apa yang betul menurut kita, tak semestinya sama nilainya pada pandangan orang lain. Sebab itu berhati-hati lah dalam percakapan atau penulisan kita. Pepatah arab ada menyatakan, lidah itu lebih tajam dari sebilah pedang. Lisan ini boleh mendamaikan dan menyatukan, lisan yang sama jugak boleh membenihkan kebencian dan mencetus peperangan. Ramai orang yang bercakap hanya ikut apa yang mereka rasa, tanpa fikir tentang kesan dan akibat. Jangan mudah memfitnah, kerana fitnah ini ibarat kemuncup. Sekali tersebar ia akan bertebaran ke serata dunia. Sekalipun maaf telah diungkapkan, kesan jahatnya tidak akan mampu untuk dipadamkan. Jangan mudah menilai, menghukum dan merendahkan seseorang, kerana yang melakukan itu juga manusia, yang tetap punya kekurangan. #selfreminder #elakfitnah #fitnah #komunikasi #peringatandirisendiri @Dr Hanafee #mentalhealth #mentalillness #drhanafee
Duration: 60 sPosted : Wed, 30 Aug 2023 07:35:59Views
10.5KDaily-
Likes
375Daily-
Comments
14Daily-
Shares
135Daily-
ER
4.99%Daily-
Latest