📣 Pengumuman Penting dari Coach Tuah Kepada semua sahabat @follower yang dikasihi, Saya dengan rendah hati ingin mengumumkan bahawa saya telah membuat keputusan untuk berundur dari peranan saya sebagai CEO NGM di syarikat sebelum ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan peluang kepada saya sepanjang tempoh saya berada di sini. Saya tetap akan terus menyokong perjuangan NIMS sebagai orang luar seperti sebelum-sebelum ini. Nothing personal, its all about business dan perjuangan yang kita bawa, saya sendiri telah berjumpa Founder dan Big Boss menyatakan hasrat ini dengan baik-baik dan mendoakan kejayaan NIMS untuk seterusnya🤲 Setelah merenung dan merancang dengan teliti, saya merasa bahawa inilah masanya untuk meneruskan perjalanan keusahawanan kami yang baru. Saya percaya bahawa dengan langkah ini, saya akan dapat memberikan impak yang lebih besar dan bermakna kepada masyarakat. Oleh itu, dengan penuh semangat dan komitmen, saya ingin mengumumkan penubuhan jenama baru saya, SnacksGang (Jenama Lama saya sebenarnya🤭). Ini adalah langkah yang saya ambil dengan penuh keyakinan dan harapan untuk membawa kepada anda produk-produk berkualiti tinggi yang memikat hati dan memberi manfaat kepada semua. Saya menghargai semua sokongan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya berada di syarikat lama terutamanya kepada Para Pelanggan Kami, Team dan bekas team kami, Founder, Big Boss dan sahabat-sahabat seperjuangan selama ini dan saya berharap agar anda semua akan menyambut langkah saya yang baru ini dengan penuh kegembiraan dan sokongan. 🙏 💫 Tidak hanya itu, kami berazam dengan setiap pembelian produk-produk SnacksGang nanti, anda juga menyumbang kepada misi-misi kami untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Kami berkomitmen untuk memberi kembali kepada komuniti dengan menyokong dan membantu fakir miskin, anak yatim, dan ibu tunggal. 🚀 Jika sahabat berminat untuk sertai kami dalam perjalanan untuk terbang lebih tinggi, mencipta impak positif, memberi kesejahteraan kepada semua dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang diluar sana. Jom bersama-sama, mari kita menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik dengan setiap gigitan yang anda nikmati dengan pembelian produk-produk kami nanti. Jom sertai keluarga SnacksGang hari ini dan bersama buat perubahan lebih baik ! Kita tunggu proses Sijil Halal, GMP, MESTI dan Buatan Malaysia siap untuk kita henjut, kita usaha dan pastikan dapat hasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi dan terbaik insyaAllah🤲 Terima kasih atas perhatian anda semua, dan saya berharap agar kita semua akan terus berkongsi perjalanan kejayaan ini bersama-sama. Doakan kami ya semua sahabat follower🤲 Sejujurnya setiap kali perjalanan baru pasti ada rasa takut dan tidak pasti, tetapi saya pegang kepada Usaha yg terbaik, Doa minta kepada Allah dan bertawakkal serah segalanya kepada Allah yg Maha Mengatur🤲 Dengan restu dan doa , ibu ayah saya, guru-guru saya, keluarga saya dan semua sahabat dekat, saya yakin dapat bangkit lebih kuat dan terbang lebih tinggi dengan izin Allah insyaAllah ameen🤲 Dengan penuh harapan, Coach Tuah P/s: beraya…. Beraya jugak tapi pastikan semua progress berjalan lancar insyaAllah ameen🤲 @CoachTuah|KitaBukanHambaDuit @PuteriBalkes #TipsCoachTuah #SnacksGang