Menjadi kebiasaan setiap kali hari raya Aidilfitri, kebanyakan tuan rumah akan membuat majlis rumah terbuka dan menjemput keluarga, kenalan dan orang terdekat. Selalunya jamuan ini akan dibuat beberapa hari selepas hari raya Aidilfitri. Menerusi hantaran video oleh @/muaandgroomingmelaka di TikTok, dia menunjukkan suasana majlis rumah terbuka yang diadakan pada waktu malam di rumahnya. Mungkin dia sudah menjemput dan menjangkakan ramai tetamu yang akan hadir, jadi dia telah memasang khemah di hadapan rumah serta disediakan beberapa set kerusi dan meja. Bagi menjamu mereka yang akan hadir, dia juga telah menyediakan pelbagai juadah hari raya seperti nasi himpit, sate, bihun goreng dan lain-lain. Namun, jangkaannya meleset selepas melihat hanya ada beberapa orang sahaja yang datang ke majlis rumah terbuka tersebut. Allahu, banyak tu lebih… kesian owner.. Untuk berita penuh boleh baca di kotak hijau di atas Kredit Video: @muaandgroomingmelaka Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡Terima Kasih! #fyp #fypシ #lobakmerahmy #beritaditiktok #viralstory #trending #trendingnewsmalaysia #ceritaviral #terkini #viralupdates #storyviral