10 AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG TAK DISANGKA-SANGKA 🌹 Rezeki sering menjadi kerisauan ramai orang dalam kehidupan seharian. Kadang terfikir apa nak dimakan, cukup atau tidak untuk keluarga, komitmen bulanan pula banyak. Walaupun rezeki itu bukan hanya tentang kewangan, tetapi mempunyai keluarga, kawan, kesihatan yang baik, rumah untuk didiami, kekuatan untuk bekerja, semua itu juga adalah rezeki pemberian Allah SWT dan ia sentiasa dijamin bagi setiap orang. SubhanAllah. Firman Allah SWT: وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِى كِتَٰبٍ مُّبِينٍ Maksudnya: “Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata.” (Surah Hud: 6) Terdapat beberapa amalan yang kita boleh lakukan bagi menjemput rezeki dari Allah Ya Razzaq, yang Maha Memberi Rezeki, iaitu: 1. TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH DAN TINGGALKAN LARANGANNYA Taqwa kepada Allah bermaksud melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Semua ini akan mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka. ...وَمَنۡ يَّـتَّـقِ اللّٰهَ يَجۡعَلْ لَهُ مَخۡرَجًا وَّيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ وَمَنۡ يَّتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسۡبُ اِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمۡرِه قَدۡ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ قَدۡرًا Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Talaq: 2-3) 2. TIDAK MENINGGALKAN ZAKAT Islam mengajar kita bahawa sesiapa yang berkemampuan agar berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan supaya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan golongan fakir miskin, tetapi meluaskan rezeki pemberi zakat. Membayar zakat juga mendidik hati kita supaya tunduk dan tidak sombong dengan rezeki yang Allah Firman Allah SWT: خُذۡ مِنۡ اَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيۡهِمۡ بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ اِنَّ صَلٰوتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّٰهُ سَمِيۡعٌ عَلِيۡمٌ Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Taubah: 103) 3. LAZIMI ISTIGHFAR Para ulama banyak menyebutkan, antara penyebab rezeki tersekat adalah kerana maksiat yang kita lakukan. Dalam sehari, ada kemaksiatan yang kita lakukan sama ada secara sengaja atau tidak melalui mata, lidah, telinga, tangan, kaki, hati, dll. Maka perbanyakkan istighfar agar laluan rezeki yang tersumbat dapat mengalir dengan lancar semula. 😊 Firman Allah SWT: فَقُلۡتُ اسۡتَغۡفِرُوۡا رَبَّكُمۡ اِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ١۰ يُّرۡسِلِ السَّمَآءَ عَلَيۡكُمۡ مِّدۡرَارًا (١١) وَّيُمۡدِدۡكُمۡ بِاَمۡوَالٍ وَّبَنِيۡنَ وَيَجۡعَلۡ لَّـكُمۡ جَنّٰتٍ وَّيَجۡعَلۡ لَّـكُمۡ اَنۡهٰرًا (١٢) Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh: 10-12) 4. ERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DAN UKHUWAH #islamicmedia #ustazahasmaharun #amalanmenjemputrezeki #fypシ゚viral