Daging Dengdeng Shoshedap Kisar Bawang Merah Bawang Putih Serai Halia Lengkuas Daging 5kg Masakkan team daging dengdeng sebab boring asyik makan benda yang sama, mudah sahaja untuk masak cuma renyah part menumbuk daging tapi kalau ada orang yang menolong jadi mudah. Tumis bahan kisar bawang halia serai bawang putih, lengkuas sampai naik bau lepas tu masukkan cili kisar tumis sampai cili masak atau pecah minyak. Sebelum tu, rebus daging dulu sampai hempuk, tips mak mak untuk daging cepat lembut adalah masukkan sudu. Sudu tu memberikan anjakkan paradigma pada daging lalu daging akak menghasilkan molekul udara lalu ia akan mempercepatkan proces daging empuk. Tiberr. Lepas daging dah rebus, dah sejuk, kau goreng letak minyak sikit lepas tu taruk kicap, lagi hitam daging lagi sedap. Biar semua sekata perfect kau mula untuk tumbuk daging jadi leper, kalau daging tebal kau hiris ikut kesesuaian ok. Yang tumis tadi tu, lepas bahan tumisan dah masak, masukkan garam gula aji air asam jawa ikut rasa macam mana kau nak dan taruk kicap bagi hitam sikit lepas tu masukkan daging gaul sebati, kalau masih tak cukup gelap, masukkan kicap lagi. Sebelum padam api, aku ada goreng serai lepas tu tabur atas daging dengdeng supaya aroma lagi sedap lepas tu dah siap. Makan makan hmm shoshedap shoshedap. Tiberrr Selamat mencuba! #ashhmasak #ashhmasakuntukstaff #dagingdendeng